Sunday, April 18, 2010
Hey semua,
Sudah lama Jzelynn tidak menulis blog Jzelynn dalam Bahasa Melayu jadi Jzelynn ingin mengambil kesempatan ini untuk menulisnya untuk semua. Jzelynn mohon ampun jika bahasa Jzelynn tidak sebaik yang diharapkan ya *senyum* Jzelynn tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan semua. Dengan bangganya, Jzelynn ingin mengumumkan kepada semua mengenai Konsert Jelajah 2 Zaman NR. Bersama-sama yang akan menjayakan konsert ini selain Jzelynn seorang, Ella, Faizal Tahir dan juga Zila AF. Along akan menghiburkan anda semua dengan telatahnya yang tersendiri sebagai Host anda di konsert ini.
15th April, 2010 yang lepas, kita baru sahaja mengadakan sidang media and dengan itu Jzelynn ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan tahniah kepada NR for such a successful press conference yang bertempat di KL International Hotel dan tidak lupa juga kepada semua para media yang turut hadir dan menjadikan sidang akhbar ini satu sidang akbar yang amat menarik dan berjaya.
Dengan itu, Jzelynn ingin berkongsi bersama semua gambar-gambar semasa berlangsungnya sidang akhbar mengenai Konsert Jelajah 2 Zaman NR ini.
Acara Tandatangan Poster – Jzelynn
Acara Tandatangan Poster -Along