Loading

Mimpi Jzelynn Jadi Realiti

Mimpi Jzelynn Jadi Realiti -MStar (16 Mei,2010)

Jzelynn berharap kemunculan kali kedua diterima masyarakat terutamanya kaum Melayu. – Foto oleh CHUA KOK HWA

PERJALANAN kerjaya penyanyi kecilmolek, Jzelynn atau nama penuh Jenice’Zelynn, bukan semudah seperti disangkakan ketika awal pembabitanya 15 tahun lalu.

Berbagai onak dan dugaan yang terpaksaditempuhi dalam mengejar cita-citanyamenjadi seorang penyanyi, lagi pula untukberdiri ditengah-tengah pasaran lagu-laguMelayu.

Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian dan fasih berbahasa Melayu menjadi bekalan kepada anak jati Pulau Pinang ini untuk mencuba dan terus mencuba.

“Saya masuk ke bidang nyanyian sejakberusia 13 tahun lagi, banyak pertandinganyang telah saya ceburi terutamanyapertandingan lagu-lagu berbahasa Melayu.

“Saya fasih berbahasa Melayu keranasaya bersekolah di sekolah kebangsaan danbercampur dikalangan orang-orang Melayu,sehinggakan saya sendiri merasai bahawadiri ini sebahagian dari kaum Melayu,”jelasnya.

Biarpun lambat mencipta nama berbanding rakan seangkatannya ketika sama-sama menyertai Bintang RTM dan Sinaran Pasport Kegemilangan, Jezlynn tidak berputus asa.

“Saya sedar bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan produser untuk menerbitkan album saya, ditambah dengan keadaan industri muzik sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja kerasuntuk mengumpul modal bagi menerbitkanalbum sendiri. Pada tahun 1999 dia pernahdijanjikan merakam album namun setelahproses rakaman itu selesai, album tersebuttidak dipasarkan dengan alasan pasaran bagibukan Melayu sukar diterima.

“Saya putus harap dan pulang ke PulauPinang dan menyambung pelajaran di sebuahKolej sehingga mendapat segulung Ijazah.Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yangberlaku, jika dulu saya sibuk menyanyimungkin pelajaran saya terabai,” katanya.

Album pertama Jzelynn siap sepenuhnyatahun lalu berjudul Percayalah. Walaupundikeluarkan dalam bentuk digital, albumtersebut berjaya mendapat pengiktirafanMalaysia Book Of Records dan Best DigitalAlbum di Voize Independent Music Awards2010.

Menurut Jzelynn, dia kini sedang mencarimaterial bagi melengkapi album keduanyayang direncanakan bakal keluar padapenghujung tahun ini.

“Kali ini saya akan menulis sendiri lirik lirik lagu yang akan dimuatkan dalam albumbaru ini. Saya mahu album kedua ini lebihistimewa kerana ada sentuhan dari sayasendiri,” katanya.

Katanya, ramai peminat-peminat di Facebook dan laman webnya memberi maklum balas positif dan galakkan untuk dia cipta lirik-lirik lagu sendiri.

“Selalunya lirik-lirik tersebut ada yangmenyentuh tentang kehidupan seharian kita,jika bukan saya sekalipun ia terkena padaorang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jzelynn berharap kemunculan kali kedua diterima masyarakat terutamanya kaum Melayu.

“Mungkin saya pernah mengalah dahulutapi tidak kali ini. Saya akan cuba dan terus mencuba memenangi hati masyarakatMelayu di sini,” jelasnya dengan penuhharapan.

Share